Khamis, Mac 31, 2011

MESTI BACA ! MENGAPA KAMI BUANG DAN TINGGALKAN PAS !

HARAP PARA PEMBACA DAPAT BACA SAMPAI HABIS UNTUK KITA RENUNGI DAN KAJI MENGAPA KITA HARUS MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT PAS!

KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai
perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebgai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.



BS-

Tembelang PAS sudah diketahui !


LAGI DISINI :


SETERUSNYA.............

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lama2 akan diketahuijuga pembohongan PAS.
Bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan sehelai daun !

Tanpa Nama berkata...

SENUSUK2 PAS (IKUT KATA HAMPA) LEBIH BAIK DARI OMNO/BN.UMNO PEJUANG KRONI SAJA.UMNO TAKUT KALAH NANTI SEMUA TERBONGKAR.

blogenstarz berkata...

ANON 10:11:00pm

INGATLAH !

"TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN CARA BAGI MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT DAN BERIMAN DENGAN ALQURAN DAN HADITH."

Bacalah sampai habis...

Jangan menyokong PAS secara membabi buta.
Banyak lagi benda yang harus anda ketahui sebelum menyokong PAS !

tabligh berkata...

Salam,

Telah ada orang yang menyurakan tentang perkara yang sama cuma para blogger sedar dengan tidak saja.

Sila ke blog untuk membacanya:

sukusakat-hangtuah.blogspot.com

Wassalam.