Isnin, Mei 30, 2011

NIK AZIZ PERLU BERTAUBAT

DIdalam mempertahankan kuasa dan kedudukan didalam Politik tanah air,Nik Aziz sanggup menyokong siapa sahaja individu yang dapat mempertahankan beliau.Ini dilakukan semata2 bukan kerana teras perjuangan beliau,tetapi adalah berlandaskan ketamakkan dan ketaksuban beliau dalam berpolitik yang songsang.
Beliau sepatutnya memerhatikan dan memberi panduan yang berguna kepada pengikunya dan bukannya membuka jalan kepada politik caci mencaci dan politik memfitnah.
Dikelantan beliau sudah beberapa kali disarankan untuk berundur dan bertaubat dengan apa telah beliau tanamkan kepada pengikut PAS yang songsang.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta bertaubat daripada terus mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dengan isu moral dan dikaitkan dengan rakaman video seks.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.
"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral. Minta Nik Abdul Aziz bertaubat kerana membela orang seperti Anwar.
"Tindak-tanduk pemimpin Pas itu semakin bertentangan dengan perjuangan Rasulullah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang, menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar.
Beliau juga tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam sehingga menyebabkan kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan UMNO-BN.
Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan dalam nada ketawa berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu sangat menimbulkan tanda tanya kerana jika benar Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam, sudah tentu beliau tidak dikaitkan dengan mana-mana kes salah laku dan seks.
Beliau sehubungan itu menyarankan supaya ulama dalam Pas membuat mufarakah terhadap kepimpinan Nik Abdul Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.
"Politik Islam adalah untuk kesejahteraan, tetapi Nik Abdul Aziz telah mempergunakannya demi kepentingan tertentu," katanya.



utusan

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah beri pembalasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kepada kamu... Amin...

Tanpa Nama berkata...

Semoga penganut2 PAS diberi petunjuk oleh ALLH supaya kembali kepangkal jalan....

Tanpa Nama berkata...

idak..sepatutnya kwn teman betobat..pasa dia selalu p betong jumpa geperennya..iyo teman ckp kan