Rabu, Jun 15, 2011

BERANIKAH PAS GUGURKAN PERKATAAN ISLAM !

Pas wajar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu memandangkan perjuangan serta hala tujunya telah menyimpang berbanding matlamat asal untuk menubuhkan negara Islam.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, Pas sudah banyak melanggar prinsip ajaran Islam dan sangat wajar menggugurkan perkataan Islam daripada nama parti itu kerana dikhuatiri hanya akan memburukkan imej agama itu sendiri.

Selain itu, katanya, Pas juga ketika ini tidak boleh lagi diiktiraf sebagai parti Islam kerana perjuangannya yang telah bertukar daripada perjuangan untuk agama kepada perjuangan sosialis.
"Lebih baik Pas menggugurkan sahaja perkataan Islam daripada nama parti mereka. Selama ini pun mereka sudah banyak kali melanggar prinsip Islam seperti menuduh orang Islam UMNO sebagai kafir.
"Mana ada ajaran Islam yang membenarkan menuduh sesama agama dengan tuduhan seperti itu. Hanya tuhan layak menentukan kedudukan hambanya, bukannya Pas.

"Selain itu, Pas juga terikut-ikut dengan perjuangan DAP yang berbentuk sosialis sehingga sanggup mengorbankan pegangan untuk membentuk negara Islam. Jadi, lebih baik mereka gugurkan sahaja perkataan Islam pada nama parti dan pilih nama lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa Zainal Kling?

Tanpa Nama berkata...

SURE TAK BERANI PUNYA.
SKRG PUN DAH ASYIK KALAH JE PRK. JIKA BUANG, CONFIRM TAK DAPAT NAK TIPU PARA PENTAKSUB MEREKA LAGI.

Tanpa Nama berkata...

dok kalut pasai apa?umno dr hidup mlayu tukar merdeka,ada sapa bising.ahli dr mlayu dn bumiputra islam shj kini terbuka kpd india muslim dn bumiputra bkn islam ada ko mlompat.dn prnh ke ko undi pas.klau x ada x pyh le nk kecoh sngt kata pas dh tukar matlamat