Khamis, Julai 21, 2011

ADAKAH BUKIT AMAN AKAN BERTUKAR KEPADA BUKIT SENGSARA ? SIAPA NAK JAWAB ( II )


BUKIT AMAN: ADA MUSUH DALAM SELIMUT ? (BAHAGIAN 3)

 semalam kami telah mendedahkan 3 syarikat yang mendapat layanan istimewa oleh '3 anggota bukit aman' mengenai proses tender sistem IT di bukit aman.

rujuk di bawah..

NAMA PROJEK
perkhidmatan penyelenggaraan secara preventif dan correctif kepada perkakasan,perisian dan aplikasi sistem stor material spesifik (SMS) fasa 5 untuk PDRM.
TENDER NO
KDN/PL7/2011-PTM
TARIKH AWARD
20 JUN 2011.
KEPADA SYARIKAT
NZ GEMILANG

hari ini kami akan mendedahkan latar belakang kewangan dan prestasi syarikat yang dimaksudkan.sebelum itu ;

2 minggu lepas kecoh cerita mengenai keinginan UDA HOLDINGS yang mahu memberi tender projek pembinaan bukit bintang city center (BBCC) kepada syarikat milik negara china. (tender diberi dengan bersyarat).

bila isu ini timbul, ada orang bising. yang bising pulak sebenarnya cuba nak masuk tender projek RM6bil ini. namun bila diselidiki, modal berbayar syarikat ini hanya setakat RM10juta sahaja.

kes UDA ini merupakan contoh betapa perlunya kita menilai kemampuan kewangan dan track record sesebuah company dalam proses saringan memberikan tender.

adakah proses saringan  berlaku untuk projek ini di bukit aman ?
adakah 3 pegawai bukit aman ini sudah menilai kemampuan syarikat NZ ,kelisa dll ?

cuba perhatikan fakta di bawah.

bagaimana dan kenapa unit IT bukit aman boleh memberikan projek bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai nilai saham sebanyak 50 ribu sahaja ?
bukan setakat itu.

persoalan besar yang timbul apabila syarikat ini (NZ) yang tiada mempunyai keuntungan tahunan boleh dianugerahkan tender di bukit aman bernilai jutaan ringgit ?

syarikat yang takde untung boleh dapat projek ?

sila rujuk pada foto di bawah. 
keuntungan tiada.

KENAPA KDN TAK PERIKSA LATAR BELAKANG SYARIKAT DAN PROSES PERJALANAN PROJEK INI ?

minggu depan ada pendedahan lagi panas..

syarikat adik beradik kenyang di bukit aman.

pendedahan bagaimana mereka mendapat keistimewaan ini.

apa logiknya padang golf untuk dikaitkan dengan isu ini.

siapa yang kuat bercuti ?

siapa rakyat singapura yang menjadi dalang kepada move ini .....

1 ulasan:

MELAYU KULAI berkata...

Good info bro..
selamat berjuang...