Selasa, Februari 08, 2011

CALUN PAS JADI KAMBING HITAM LAGI.... MUNGKINKAH MAZLAN ALIMAN ?

PKR DAN DAP SUDAH TAHU KEPUTUSAN PRK N27.

Sebab tu awal2 lagi sudah surrender.Namun PAS menjadi Pak Sanggup menanggung risiko.Mungkin Mazlan Aliman pada kali ini selepas Cik Gu Normala  diTenang Johor !


Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka untuk melihat calon mereka bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac depan tidak kesampaian.Kesian Sam Ketot !

Ini apabila mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang yang diadakan di Pejabat DAP di sini hari ini memutuskan untuk mengekalkan status quo kepada Pas yang bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya umum lalu.

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu, Pas akan bermesyuarat untuk memilih calon yang akan mewakili mereka sebelum mengemukakannya kepada pimpinan pakatan pembangkang.

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga meminta supaya seluruh jentera pakatan pembangkang dikerahkan untuk membantu Pas pada pilihan raya ini," katanya.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang juga Exco kerajaan negeri meninggal dunia pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.
Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 26 Februari ini manakala hari pembuangan undi pada 6 Mac depan, jika ada pertandingan.
PKR sebelum ini dilaporkan menawarkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) PKR Melaka untuk bertanding di kerusi itu.
Namun kepimpinan Pas bertegas mahukan status quo di kerusi kawasan majoriti pengundi Melayu itu dipertahankan.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, kerusi Merlimau diwakili calon Pas, Jasme Tompang namun kerusi itu diwakili oleh calon PKR pada pilihan raya 2004 menerusi S. Jayanthas.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, Pas akan mengadakan mesyuarat untuk meneliti senarai calon pada pilihan raya kecil itu pada 13 Februari ini.

"Pas akan mendapatkan maklumat daripada Pas negeri Melaka untuk memilih calon yang sesuai," kata beliau.


sumber.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mazlan Aliman sudah mengatur strategi gila babi.

Cikgu Mala akan balas dendam kekalahannya diTenang dengan mengahntar suaminya untuk bertanding !

Kita tengok siapa yang akan kena !