Sabtu, Jun 04, 2011

DAP DAN PKR HAPPY - UMPAN SUDAH MENGENA ! PAS TERNGANGA !

Selamat tinggal perpaduan Melayu. Selamat datang kumpulan Erdogen mewakili DS Anwar Ibrahim ke dalam PAS. Keputusan pertandingan jawatan-jawatan penting di dalam PAS telah diketahui sejak pukul 10 sebentar tadi.

Mohamad Sabu menyapu 420 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man 399 dan Nasharudin Mat Isa ketinggalan dengan 224 undi. Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat 'Bersih' Sabu memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS. Tahniah buat Timbalan Presiden yang pernah ditangkap khalwat dan kes dibuang di mahkamah dan juga orang yang mempelopori gelaran Pak Syeikh Anwar Ibrahim Al Juburi kepada Ketua Umum PKR.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, Salahuddin Ayub memperolehi 719 undi, Husam Musa 660 undi dan Mahfuz 616 undi. Tahniah kepada ketiga-tiga Naib Presiden. Satu terpalit dengan kes main dengan bini orang di Hotel Puduraya yang masih tidak berjawab, satu dengan kes pemberian RM300,000 atau RM350,000 kepada seorang blogger terkenal manakala satu lagi lulusan SRP yang terkenal dengan kebebalannya. Tahniah juga buat semua blogger UMNO yang berjaya mempromosikan Husam Musa sehingga beliau memenangi jawatan ini.

Manakala bagi AJK PAS Pusat : Mazlan Aliman 804 undi, Dr Hatta Ramli 765 undi, Kamaruddin Jaafar 739 undi, Hanipah Maidin 735 undi, Ustz Azizan 721 undi dan Dr Dzulkifli 702 undi. Tahniah buat kebanyakan erdogan-erdogan ini.

Hari ini ahli-ahli PAS berjaya memerdekakan diri mereka dari mitos dan bid'ah bahawa hanya ulama boleh dipilih sebagai pemimpin utama PAS. Tahniah kepada ahli-ahli PAS. Tersenyum lebar pemimpin-pemimpin DAP dan PKR dapat terus mengkaldaikan PAS.



CREDIT:
CUCUTOKSELAMPIT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Habislah pengikut PAS kena jual !